Trending

ARC: Skuad bunga raya tumpas kepada Korea Selatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Memiliki jurang perbezaan daripada segi ranking, skuad negara di tangga ke-49 dunia bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong, selepas Mohd Fairuz Ab Rahman melengkapkan penalti pada minit ke-17 dalam memberikan tentangan buat gergasi Asia itu, yang berada di ranking ke-30 dunia.

Manakala 27 mata Korea Selatan, disumbangkan Chang Yongcheung yang menghasilkan satu try (minit kedua), diikuti Kim Kimin satu try pada minit ke-28, satu penalti (minit ke-40) serta satu conversion (ke-43), Lee Geon satu try (minit ke-39) dan Hwang Jeongwook satu try (minit ke-42).

Perlawanan dihentikan pada minit ke-66 berikutan keadaan hujan berserta petir melanda kawasan stadium, sebelum kembali bersambung 50 minit kemudian dan terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Skuad 15s, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, berpuas hati dengan disiplin dan semangat ditampilkan barisan pemainnya biarpun berdepan kesuntukan masa, dalam mempersiapkan pasukan.

“Perasaan sedikit kecewa sebab skuad telah bekerja keras, namun banyak perkara positif saya nampak dalam perlawanan ini dan boleh dibawa ke perlawanan akan datang, apabila pemain-pemain khususnya yang pertama kali mewakili negara, cepat serasi bermain di peringkat yang tinggi,” katanya.

Selepas ini, skuad Bunga Raya dijadualkan bertemu juara bertahan Hong Kong pada 10 Jun di Stadium Bola Sepak Hong Kong. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru