ARTIKEL

Arif Aiman pemain terbaik Asia dalam pembikinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Nama pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi mencuri tumpuan, selepas mencipta hatrik ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) merakam kemenangan 4-0 ke atas Selangor FC pada aksi separuh akhir Piala FA, malam semalam.

Ia merupakan hatrik kedua pemain berusia 21 tahun itu dalam tempoh enam hari, selepas meledak empat gol ketika membantu Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0, pada aksi persahabatan antarabangsa di Terengganu, Selasa lepas.

Hatrik yang dicipta semalam menyaksikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu, mengumpul keseluruhan 14 gol musim ini – lima dalam Liga Super, empat (Piala FA) dan lima gol bersama bersama skuad Harimau Malaya.

Tahap kemajuan dan kematangan yang dicapai Arif Aiman ketika ini amat mengagumkan, sehingga beberapa bekas jurulatih dan pengendali pasukan menyifatkan beliau sebagai pemain terbaik Asia dalam pembikinan.

“Budak ini ada sikap dan daya fokus yang baik dalam permainan, jika dilihat kebelakangan ini termasuk persembahan bersama pasukan negara, dia memang begitu menyerlah.

Dalam generasi baharu pemain di Malaysia, dia antaranya yang terbaik.

Baca lain  Liga Premier 2021: SU FC buru kemenangan seterusnya

“Jarang kita boleh tengok pemain tempatan yang ada keupayaan seperti dia, kredit juga perlu diberikan kepada JDT dan saya setuju dia pemain terbaik Asia dalam pembikinan,” kata bekas pengendali Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah yang merupakan antara jurulatih berpengalaman luas di Malaysia.

Pengendali Kuching City FC Irfan Bakti Abu Salim, yang diiktiraf sebagai Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011 percaya, Arif Aiman mempunyai ciri-ciri untuk bergelar pemain terbaik Asia pada masa hadapan.

Beliau juga berpendapat produk Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang itu setanding Takefusa Kubo, seorang pemain muda berusia 22 tahun dari Jepun yang kini mencipta nama di pentas Eropah, bersama kelab Sepanyol Real Sociedad.

“Kalau dia berasal dari Jepun ataupun Korea Selatan, sudah tentu dia dah beraksi di Itali dan Sepanyol. Kalau tengok permainan dia semalam, tidak jauh beza dengan Kubo, bezanya ialah Kubo kaki kiri dan dia kaki kanan.

“Posisi mereka lebih kurang, dari segi ketangkasan, menggelecek, kawalan bola dan ketenangan sama saja, tetapi kalau tengok dari body swerve lebih kepada Arif Aiman.

Baca lain  Suami isteri maut, lapan cedera dalam kemalangan dua kereta bertembung

Dia semula jadi dan ada sesuatu yang istimewa dengan Arif Aiman,” kata pengendali berusia 72 tahun itu.

Turut bersetuju Arif Aiman mempunyai sesuatu yang istimewa dan berpotensi menjadi pemain terbaik Asia, ialah bekas Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal.

“Saya tertarik dengan permainan dia, bukan sahaja di Liga Malaysia tetapi dalam ACL (Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)), jadi tak mustahil boleh jadi pemain terbaik Asia kalau dia kekalkan prestasi dan ada keinginan yang besar.

“Dia boleh pergi jauh, kerana ciri-ciri itu sudah ada seperti kemampuan menyerap tekanan dalam keadaan yang sukar, keupayaan membuat keputusan, semua itu buat saya nampak dia ada sesuatu yang istimewa,” katanya yang menjulang Piala AFF bersama pasukan negara pada 2010.

Bagaimanapun, sekiranya Arif Aiman mahu bergelar pemain terbaik Asia, beliau perlu mencabar diri bersaing dengan barisan pemain handalan dunia di luar negara.

“Sudah tentu dia tak boleh berhenti di situ (JDT), dia perlu kembangkan lagi kariernya ke luar negara sebab dia masih muda,” kata Mohd Azraai.

Baca lain  Kilat Boy kecewa dengan keputusan juri perlawanan di Bangladesh

Irfan Bakti berkata: “Dengan kemampuannya sekarang, dia layak bermain di saingan liga tertinggi. Selepas arwah Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun, tiada lagi pemain Malaysia yang betul-betul berkualiti seperti Arif Aiman. Dia harus keluar bermain di luar negara untuk kebaikannya,”.

Rajagobal turut berpendapat Arif Aiman sudah membuktikan beliau mampu beraksi di kancah liga tertinggi dunia.

“Di sini sudah nampak dia boleh pergi ke peringkat lebih tinggi untuk bermain dan mendapatkan lebih pengalaman.

Potensi telah ada dan terpulang kepada dia.

“Jika dia pergi dia boleh buat JDT dan negara berbangga, segalanya tidak mustahil, saya kira kalau Park Ji Sung boleh bermain di Manchester United dan beberapa lagi pemain Korea Selatan boleh bermain di England kenapa pula kita tidak boleh, dia ada keyakinan itu,” katanya.

Gelaran Pemain Terbaik Asia ketika ini dipegang pemain dari Korea Selatan Son Heung-min, yang beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur. – BERNAMA

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,