ARTIKEL

Arleon jadi Juara Sarawak dalam pertandingan F1 di Sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kumpulan Arleon wakil SMK St. Joseph telah dinobatkan sebagai Juara Sarawak bagi pertandingan F1 di Sekolah.

Selain dianugerahkan Juara Sarawak dan menewaskan 12 kumpulan lain dari Sarawak, Sabah dan Perlis, mereka turut dianugerahkan tiga lagi anugerah, iaitu Anugerah Pemasaran Terbaik, Anugerah Penyampai Lisan Terbaik dan Anugerah Pemikiran Inovatif.

Kejayaan ini telah melayakkan Arleon ke peringkat akhir kebangsaan yang akan diadakan pada Februari 2024 akan datang.

Tiga pelajar SMK St. Joseph, Malachi Ong (Pengurus Pasukan & Jurutera Reka Bentuk), Lois Lu (Pengurus Pemasaran & Pengurus Media Digital), dan Abang Aslan (Jurutera Pembuatan) mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), F1 Di Sekolah pada Sabtu lalu.

Kumpulan tersebut turut dibimbing oleh guru (Wesley) dan alumni SMK St Joseph (Aleef) yang juga mempunyai pengalaman dalam menyertai pertandingan tersebut.

F1 Di Sekolah atau F1 In Schools adalah pertandingan antarabangsa STEM yang melibatkan pelajar sekolah dalam lingkungan umur 11 hingga 19 tahun.

Pertandingan ini merupakan platform kepada pelajar sekolah melibatkan diri dalam kegiatan mereka bentuk dan mengeluarkan kereta kecil dari Blok Model F1 rasmi menggunakan alat reka bentuk CAD/CAM.

Di samping itu, pertandingan ini bermatlamat memupuk minat dalam bidang STEM dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik bagi golongan muda.

Ia sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya dalam bidang kejuruteraan, Formula 1, sains, pemasaran dan teknologi.

Penganjur iaitu F1 Di Sekolah menilai daripada pelbagai aspek antaranya teknologi kejuruteraan, jenama, publisiti serta pengurusan kumpulan.

Pertandingan ini merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat akhir serantau, peringkat akhir kebangsaan, dan pusingan akhir dunia.

Dalam pada itu, ia merupakan satu kejayaan yang besar bagi SMK St. Joseph kerana layak ke peringkat yang terakhir, iaitu pusingan akhir dunia.

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah