Trending

Armada SV calon awal ke separuh akhir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SEBUYAU: Skuad Armada FC dilihat bernasib baik apabila menjadi calon tunggal terawal yang mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Julaihi Narawi 2013.

Juara bertahan itu mendapat undian ‘bye’ sebaik berakhir saingan pusingan kedua semalam.

Sementara itu, enam lagi pasukan akan beradu nasib di peringkat suku akhir yang di jadual berlangsung pada Sabtu (3 Jun) depan.

Ia membabitkan pasukan Bimajaya Vet23 yang menentang Ensengei Vet FC (9 pagi), diikuti perlawanan membabitkan Lariwoo FC dan Tumela FC (2:15 petang) seterusnya pertembungan SBM FC dan naib juara tahun lalu, Tedong Melamcar (3:30 petang).

Pengerusi Kejohanan, Osman Jamil memberitahu, pihaknya menjangka pertembungan menarik membabitkan enam pasukan berkenaan.

“Kita percaya masing-masing mahu memastikan kemenangan untuk memenuhi tiga lagi slot ke separuh akhir kelak,” tegas Osman lagi.

Jelas Osman, perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada sebelah pagi 4 Jun nanti.

Manakala, perlawanan penentuan juara akan berlangsung pada sebelah petang tarikh yang sama di Padang Bola Sepak Kampung Sebangan, Sebuyau.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru