Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Armada tentu haluan masa depan S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus mempertahankan Sarawak daripada jatuh ke tangan parti luar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana kemasukan parti Semenanjung Malaysia ke Bumi Kenyalang bertujuan mengambil Sarawak.

“Jadi kita anak Sarawak dari PBB dan GPS mesti mempertahankan tanah air sendiri, jangan biarkan diambil orang lain.

“Kerja mempertahankan Sarawak tidak dapat saya seorang lakukan, mesti ada pasukan kuat dalam PBB dan GPS,” katanya pada Majlis Mesra Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, baru-baru ini.

Abang Johari yang juga presiden PBB dan pengerusi GPS menegaskan Pemuda PBB merupakan penentu masa depan Sarawak. Oleh sebab itu, mereka harus mempunyai satu haluan jitu untuk terus mengekalkan perpaduan kuat.

“Pemuda PBB hari ini mesti melihat ke arah masa depan dengan menjadikan Sarawak termaju dan termoden menjelang 2030 serta memberikan pekerjaan atau kerjaya moden kepada anak Sarawak dalam era Industri 4.0 ini.

Baca lain  Dua rakyat Indonesia dipenjara dan disebat memasuki Sarawak tanpa dokumen yang sah

“Untuk mencapai ini, perpaduan adalah penting kerana kita dalam PBB dan rakan dalam GPS mesti berkayuh bersama dalam satu haluan bersama-sama Pemuda, Bapa dan Wanita.

“Kita harus bersama-sama menempuh cabaran dengan satu gerakan sama,” katanya.
Sementara itu Ketua Pergerakan

Pemuda PBB Gerald Rentap Jabu berkata, Pemuda PBB kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN pada bila-bila masa.

“Bila-bila semboyan PRN dibunyikan, kami sebagai benteng hadapan PBB sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun, Gerald akui cabaran bakal dihadapi adalah untuk menarik sokongan anak muda sekiranya usul bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dilaksanakan.

“Landskap politik semakin berubah dan kita memerlukan kekuatan lebih untuk menarik sokongan belia.

“Pemuda PBB akan bekerja kuat untuk mematikan cabaran ini dapat kita hadapi kerana masa depan Sarawak adalah terletak di tangan anak-anak muda Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan Pemuda PBB menjelajah ke seluruh Sarawak bagi memberikan penerangan mengenai isu semasa khususnya inisiatif kerajaan GPS dalam membangunkan serta mempertahankan Sarawak.

Baca lain  Projek kecil diteruskan di bawah pemantauan SOP

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dun yang juga Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Agung PBB Datuk Alexander Nanta Linggi, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof serta Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru