ARTIKEL

Kim Shin (duduk tengah) menunjukkan buku laporan kementeriannya. - Foto: Ghazali Bujang

ART Hidrogen bakal berubah wajah, warna ikut warna Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aliran Transit Automasi (ART) Sarawak kini dalam fasa tambah baik di negara China dan dijangka selesai pada Oktober tahun ini.

Menteri Pengngkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, antara pengubahsuaian yang dilaksanakan ialah reka bentuk bahagian hadapan dan warna kenderaan tersebut.

“Versi lama perlu ditukar, iaitu bahagian hadapan perlu ditukar sedikit, warnanya juga tidak akan sama di mana warnanya akan mengikut warna Sarawak, itu sahaja saya boleh beritahu.

“Bagi versi kelajuannya, kita akan melihat keadaan di sini, kelajuan apa yang sesuai tetapi memang akan ada peningkatan, yang lain kita tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bilik media Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Tambahnya, kementeriannya akan ke China pada suku kedua tahun ini untuk memeriksa semula ART itu dan melihat sama ada pelan perancangan penambahbaikan itu berjaya atau sebaliknya.

“Sekarang pihak kilang sedang melaksanakan ubah suai dan mungkin pada suku ketiga tahun ini kita akan mendapatkan unit pertama ART berkenaan.

“Namun, sebelum dihantar ke Sarawak, saya sendiri akan pergi ke sana untuk melakukan pemeriksaan dan melakukan pandu uji di China,” katanya.

Dalam ucapannya, Kim Shin dalam ucapan penggulungan kementeriannya berkata detik bersejarah dilakar apabila kenderaan prototaip ART Hidrogen tiba di Sarawak pada Ogos 2023.

Pada November 2023, prototaip ART itu telah menjalankan latihan Bukti Konsep (POC) di Lebuhraya Samarahan-Kuching, dengan memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk menaiki ART sebagai pengalaman sebelum ia dijalankankan secara rasmi bagi orang awam.

Latihan POC tamat secara rasmi pada 20 Disember 2023, yang menandakan satu langkah penting ke hadapan bagi kemajuan dalam penyelesaian pengangkutan yang inovatif di rantau ini.

Pada 19 Februari 2024, reka bentuk akhir kenderaan ART Hidrogen telah dibentangkan dan disahkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan pengeluaran (pembuatan) telah dimulakan pada kumpulan pertama kenderaan ART dengan jangkaan penghantaran pada akhir suku ketiga 2024.

Sementara itu, baki 37 set kenderaan ART akan dihantar secara progresif ke arah penyiapan projek KUTS Fasa 1.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu