Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

ART Kuching mula dibina September depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Alexius (kiri) beramah mesra dengan pengamal media pada Majlis Sarawak Metro Bersama Media di Kuching, malam tadi.
Alexius (kiri) beramah mesra dengan pengamal media pada Majlis Sarawak Metro Bersama Media di Kuching, malam tadi.

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan fizikal Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching dijangka bermula pada September tahun ini.

Pengarah Komunikasi Korporat, Program SEED dan Perhubungan Bumiputera Sarawak Metro, Alexius Barieng berkata, masyarakat akan dapat melihat ART berkuasa hidrogen terbabit mula beroperasi menjelang suku keempat tahun 2025.

“Terdapat banyak pembangunan yang berlaku di dalam Sarawak Metro dalam membangunkan sistem pengangkutan Kuching. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami akan memulakan kerja-kerja di lapangan menjelang September depan.

“Mungkin menjelang separuh kedua 2023 anda dapat melihat ART pertama di Sarawak ini secara fizikal. Seterusnya pengoperasian sepenuhnya atau perjalanan pertama mungkin bermula suku keempat 2025.” katanya pada Majlis Sarawak Metro Bersama Media, di sini, malam tadi.

Tambahnya, kerja-kerja pembinaan secara keseluruhan ART terbabit dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027.

Dalam pada itu, katanya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan satu berita besar mengenai projek Sarawak Metro dalam tempoh dua minggu lagi.

ART Kuching melibatkan pembinaan dua jajaran laluan sepanjang 52.6 km dan Sarawak Metro sebagai anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang ditubuhkan pada Feb 2018 untuk membangun dan mengurus pengoperasiannya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian