Trending

Artis antarabangsa bakal menggayakan produk Sarawak pada AIFFA 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Beberapa produk Sarawak seperti busana, beg tangan dan pelbagai lagi bakal diperagakan oleh artis-artis antarabangsa yang menghadiri Malam Gala Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023, Jumaat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri sambil menambah pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan pihak AIFFA bagi mempromosikan produk Sarawak ke mata dunia.

“Artis-artis antarabangsa yang memperagakan produk Sarawak ini secara tidak langsung akan mempromosikan kepada dunia luar. Inilah antara usaha kita dalam menampilkan produk tempatan kita.  

“Bukan sahaja pakaian, malah beg tangan dan banyak lagi akan digunakan oleh mereka dan semua produk ini adalah hasil yang dibuat oleh pereka tempatan, pelajar CENTEXS Commercial dan komuniti Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan daripada delegasi wanita AIFFA 2023 di Juma’ani Pavillion di sini, petang tadi.

Mengulas mengenai kunjungan delegasi wanita AIFFA 2023, Shahren berkata pihaknya bekerjsama dengan AIFFA 2023 dalam usaha mempromosikan produk tempatan dengan memberi pendedahan kepada mereka mengenai produk Sarawak terutama dalam bidang fesyen.

Pada masa sama katanya, CENTEXS Commercial juga telah bekerjasama dengan Miss International Sarawak (MIS) 2023 dan membawa pemenang termasuk finalis MIS untuk memperagakan pakaian dan produk warisan yang terdapat di Juma’ani Pavilion.

“Malah ada dalam kalangan mereka menjadi duta kita untuk mempromosikan produk Sarawak kepada orang ramai. Justeru dengan adanya program seperti ini kita dapat menaikkan lagi nama ataupun produk tempatan,” ujarnya.

KERINGKAM… Wendy Wong (kiri) dan Nancie Foo (dua kiri) diberi taklimat mengenai pembuatan keringkam oleh Pengurus Pentadbiran Juma’ani Pavillion Nur Afini Ro’aini (dua kanan) – Photo Ramidi Subari
BERCAKAP… Shahren Yusri menjawab soalan pemberita.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru