SIMUNJAN: Pesta Simunjan 2023 semakin rancak apabila kumpulan pelopor muzik dangdut dari negara jiran, Indonesia iaitu Agatha bakal memeriahkan lagi festival tersebut.
Kumpulan dengan reputasi hebat tiga vokalis wanita, Putri Inces, Dewi Sartika dan Ria Amalia itu akan menjayakan persembahan pada 17 September ini.
Gabungan tiga vokalis dari Pontianak dan Jakarta itu akan mempersembahkan 12 buah lagu.
ADUN Simunjan, Awla Dris memberitahu, persembahan tersebut akan bermula pukul 8.30 malam.
“Kita menyeru kepada semua peminat di sekitar Simunjan dan kawasan berdekatan untuk hadir membanjiri Padang Sentral nanti,” ujarnya kepada Suara Sarawak.
Kemunculan kumpulan terbabit bagi meriahkan suasana sempena berlangsung Pesta Simunjan 2023.