KUCHING: Musim buah engkalak sudah bermula dan kini buah terbabit mendapat permintaan daripada warga bandar raya ini.
Ini menyebabkan gerai hasil hutan milik Costello Jawi, 40 di MJC, Batu Kawa di sini tidak putus dengan pelanggan yang membeli buah yang diperoleh dari Bau itu.
“Saya menjual buah ini pada harga RM13 sekilogram dan purata saya mampu menjual sehingga lapan kilogram setiap hari,” katanya ketika ditemui di gerainya baru-baru ini.
Costello berkata, ramai yang membeli buah terbabit adalah masyarakat Iban di bandar raya ini dan buah terbabit biasanya direndam dalam air panas dan hanya dicecah garam sebelum dimakan sama seperti buah dabai.
“Buah engkalak mempunyai rasa berlemak yang sedap seperti buah dabai,” katanya yang juga artis Iban popular dengan lagu Akai Bajik dan akan tampil dengan album Iban baharu tidak lama lagi di bawah Assapai Music Production.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my