ARTIKEL

TANDATANGAN….Susan (tengah belakang) menyaksikan penandatangan MoU antara Pengarah Urusan MRSB Juliet Tan dan Pengarah Global Live Sdn Bhd Aaron Ma Kher Chung.

Artis tempatan disaran daftar karya kepada MRSB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Artis tempatan dinasihatkan untuk mendaftarkan album dan karya yang dihasilkan mereka kepada Music Rights (Sarawak) Bhd (MRSB).

Saranan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, yang diwakili Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Susan Clement Ingun, pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRSB dan Syarikat Global Live Sdn Bhd, di sini hari ini.

Menurut Snowdan, beliau menggesa MRSB untuk terus menyokong artis tempatan berkaitan hak cipta dengan mengambil contoh kes Penghulu Andrewson Ngalai Ason yang meneruskan kesnya berhubung muat naik dan merekod semula lagu popularnya iaitu Berkikis Bulu Betis dibuat tanpa meminta izin daripadanya.

Dalam masa yang sama beliau turut memuji MRSB atas usaha yang berterusan menjaga hak artis tempatan dan menjaga kebajikan semua pihak dalam industri muzik tempatan termasuk komposer, penulis lirik dan penyanyi.

“Kita berharap dapat menyebar keunikan dan identiti Sarawak bukan sahaja di Malaysia namun di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Pada majlis itu, Susan menyaksikan MoU ditandatangani oleh Pengarah Urusan MRSB, Juliet Tan, dan Pengarah Global Live Sdn Bhd, Aaron Ma Kher Chung, sebagai ejen pengurusan perkhidmatan.

Majlis turut dihadiri Pengarah MyIPO Cawangan Sarawak, Nor Intan Pamin, Ketua Penolong Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Kuching, Maffizan Saupie, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan, Pengerusi MRSB, Datuk Seri Sim Kian Song, dan ahli lembaga MRSB yang lain.

UNTUK ALBUM….Susan (duduk tiga kiri) merakam gambar kenangan pada MoU antara MRSB dengan Global Live Sdn Bhd sebagai ejen perkhidmatan pengurusan.
BERUCAP….Susan mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara MRSB dengan Syarikat Global Live Sdn Bhd.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan