ARTIKEL

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan Arul Selvaraj ditemuramah oleh wartawan sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam. | BERNAMA

Arul sedia terima sebarang keputusan KHM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEPANG: Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara A. Arul Selvaraj sedia menerima sebarang keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengenai kedudukannya selepas Malaysia  gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024. 

Bagaimanapun, Arul Selvaraj berkata beliau akan berjumpa Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal bagi membincangkan sama ada beliau masih diberi mandat untuk mengendali pasukan negara yang diberi julukan Speedy Tigers itu atau tidak. 

“Sepatutnya tugas saya hingga 31 Dis lepas, tapi saya sambung hingga kelayakan (Sukan Olimpik Paris 2024) ini, selepas ini saya bincang dengan Subahan itu sahaja.

“Sekiranya kami boleh sambung untuk bekerjasama, saya okey, kalau tiada saya boleh bergerak ke hadapan, Subahan banyak pasukan sokongan, jadi saya serah kepada beliau untuk buat keputusan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Terdahulu, skuad Speedy Tigers yang menamatkan kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di kedudukan kelima di Muscat, Oman selamat tiba di tanah air awal pagi tadi.

Baca lain  Kempen Liga M5 Zon Sarawak bermula Ahad ini

Pasukan negara sebelum itu gagal layak ke Olimpik Paris 2024, yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di kedudukan tercorot dengan satu mata, di belakang Great Britain yang muncul juara kumpulan (sembilan mata), Pakistan (empat mata) dan China (tiga mata), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Arul berkata beliau sudah mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya badan induk hoki negara itu masih memberi peluang kepadanya untuk terus membimbing Speedy Tigers. 

Katanya, beliau bersedia untuk mencurahkan idea dan perancangannya itu kepada presiden ketika sesi pertemuan mereka kelak. 

“Kalau tak sambung dengan pasukan kebangsaan saya akan pulang ke Dublin, Ireland, saya ada akademi di sana balik dengan keluarga, tapi saya tak fikir semua itu, fokus saya, saya nak bincang dengan Subahan bagi tahu perancangan saya.

Masih ada tugas belum selesai,“ katanya. 

Arul telah membimbing skuad hoki lelaki negara sejak Ogos 2020 bagi menggantikan tugas bekas Ketua Jurulatih Roelant Olthmans. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU