ARTIKEL

AS enggan pulihkan hubungan dengan Assad Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Amerika Syarikat (AS) tidak berhasrat untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan rejim Bashar al-Assad Syria, kata Rumah Putih pada Isnin susulan keputusan Liga Arab menerima semula Damsyik dalam perkumpulan itu pada hujung minggu lepas.

Sebilangan besar negara serantau mula menyambung semula hubungan dengan Syria dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk sekutu rapat AS dengan jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre berkata Washington sedang berhubung dengan mereka yang memilih untuk berbuat demikian bagi membincangkan proses itu.

“Kami telah berunding dengan rakan kongsi kami mengenai rancangan mereka dan menjelaskan bahawa AS tidak berhasrat memulihkan hubungan dengan rejim Assad dan sekatan kami kekal berkuat kuasa sepenuhnya,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Jean-Pierre kepada wartawan. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU