Trending

AS gesa India beri kerjasama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

WASHINGTON: Rumah Putih menggesa India pada Rabu agar bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan Kanada terhadap pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata, pentadbiran Biden amat bimbang dengan dakwaan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bahawa New Delhi bersubahat dalam pembunuhan pemimpin Sikh Kanada, Hardeep Singh Nijjar.

“Kami percaya bahawa siasatan itu harus diteruskan, sudah tentu, tanpa halangan. Fakta harus membawa penyiasat ke mana mungkin dan pelaku yang bertanggungjawab atas serangan ini perlu diadili,” kata Agensi Anadolu memetik Kirby sebagai berkata semasa taklimat maya.

“Kami sedang menyelaraskan dan berunding dengan Kanada secara rapat berkenaan isu ini seperti yang anda jangkakan. Ini adalah perkara sangat serius.

“Kami menggalakkan India untuk bekerjasama sepenuhnya,” tambahnya sambil menafikan laporan bahawa pentadbiran Biden menolak permintaan Kanada selepas pengumuman Trudeau.

Hubungan antara Ottawa dengan New Delhi mencapai tahap terendah selepas Trudeau mendakwa India terlibat dalam kematian Nijjar dengan kedua-dua negara mengusir diplomat kanan masing-masing.

Perbalahan itu berkaitan dengan pembunuhan Nijjar pada 18 Jun, yang ditembak mati di hadapan kuil Sikh di Surrey di Pantai Barat Kanada di wilayah British Columbia.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat.

New Delhi menganggap Nijjar sebagai seorang pengganas kerana beliau merupakan penyokong vokal kepada negara Khalistan merdeka di wilayah Punjab.

Penyokong-penyokongnya menolak label pengganas. India turut menolak tuntutan bertanggungjawab sebagai tidak masuk akal.

Trudeau membuat pengisytiharan yang belum pernah dibuat sebelum ini pada Isnin apabila beliau memberitahu Parlimen Kanada bahawa terdapat bukti dapat dipercayai bahawa India terlibat dalam pembunuhan itu.

Hari berikutnya, beliau mendesak New Delhi untuk mengambil dakwaan tersebut dengan serius. Kementerian Luar India menolak dakwaan itu yang disifatkan sebagai tuduhan yang tidak berasas. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

10 pendaki masih lesap

AGAM: Beratus-ratus penyelamat Indonesia bergegas untuk mencari 10 pendaki yang

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru