ARTIKEL

A picture taken on March 21, 2024, from onboard a US military transport aircraft, shows humanitarian aid parcels attached to parachutes being airdropped over the Gaza Strip, amid the ongoing violence between Israel and the Palestinian Hamas movement. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP)

AS laksana operasi gugur bantuan ke Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Komando Pusat AS (CENTCOM) melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza pada Khamis bagi membantu orang awam yang terjejas akibat konflik antara Israel dengan Hamas, lapor Agensi Anadolu.

Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata operasi bersama itu melibatkan dua pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) C-17 dan Tentera Darat Amerika Syarikat.

Menurut CENTCOM, pesawat C-17 menggugurkan lebih 50,600 makanan ke utara Gaza.

“Semasa misi hari ini, daripada 80 bungkusan yang dihantar, payung terjun pada lima bungkusan bantuan tidak terbuka selepas ia digugurkan dari pesawat.

“Lima bungkusan ini mendarat di kawasan tidak berpenghuni dan tidak menyebabkan kerosakan. Komando Pusat AS terus memantau keadaan,” katanya.

CENTCOM berkata penghantaran bantuan menggunakan payung terjun oleh Jabatan Pertahanan (DoD) menyumbang kepada usaha Kerajaan AS dan rakan kongsi untuk meringankan penderitaan mangsa konflik.

Sejak 7 Oktober lepas, hampir 32,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanakkanak terbunuh di Gaza, manakala hampir 74,200 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,