ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

AS menentang Israel usir warga Palestin dari Rafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAHERAH: Menteri Luar AS, Antony Blinken mengatakan AS menentang pengusiran warga Palestin dari Rafah.

Anthony bercakap melalui telefon dengan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Khamis.

Blinken menegaskan kembali pendirian Presiden Joe Biden bahawa AS tidak menyokong operasi tentera besar-besaran di Rafah.

“AS juga menolak pemindahan paksa warga Palestin dari Gaza,” kata jurucakap Jabatan Luar Negara AS Matthew Miller, menurut AFP pada Jumaat.

Blinken juga mengatakan sokongan AS ke atas pembukaan kembali sempadan Rafah dan aliran masuk bantuan kemanusiaan untuk warga Gaza.

Sebelum itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan Israel sedia memasuki Rafah.

Israel juga dilaporkan merebut pos sempadan utama ke Mesir daripada Hamas.

Blinken turut berterima kasih kepada Mesir yang menjalankan tugas perundingan Israel-Hamas bagi mencapai gencatan senjata sementara.

Sebelum itu, pada Rabu, Biden dalam wawancara dengan CNN meluahkan rasa kesal, mengirim senjata ke Israel yang mengorbankan warga Palestin

Biden juga memperingatkan, AS sedia menghentikan bekalan senjata ke Israel jika serangan ke Rafah di selatan Gaza dilanjutkan.

BERITA LAIN

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C

BERITA TERBARU