ARTIKEL

AS tamatkan kecemasan kesihatan awam Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOS ANGELES: Kecemasan kesihatan awam (PHE) COVID-19 Amerika Syarikat telah ditamatkan pada Khamis, menandakan peralihan besar dalam usaha negara melawan pandemik.

PHE yang diumumkan oleh Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS Alex Azar pada Januari 2020 bertujuan melaksanakan langkah sementara dan memperuntukkan sumber bagi membendung wabak dengan lebih baik.

Sementara itu, pentadbiran Biden juga menamatkan keperluan vaksin COVID-19 untuk pekerja persekutuan, kontraktor persekutuan dan pelancong antarabangsa pada Khamis, lapor Xinhua.

Keputusan itu dibuat susulan kadar kematian dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 telah menurun secara mendadak disebabkan vaksinasi, rawatan antivirus dan pendedahan meluas terhadap virus itu.

Sekurang-kurangnya 6 juta rakyatnya menerima rawatan di hospital, manakala 1.1 juta kematian direkodkan akibat COVID-19, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Pengakhiran PHE akan membawa perubahan ketara dalam cara Washigton bertindak balas terhadap virus itu.

meskipun pakar kesihatan awam bersetuju bahawa negara kini mempunyai lebih banyak alat untuk memerangi COVID-19, mereka memberi amaran bahawa virus itu akan kekal sebagai ancaman berterusan kepada sistem penjagaan kesihatan negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C