ARTIKEL

Para pemenang pertandingan Recycle Runway merakam gambar bersama pihak Pustaka Miri.

Asah bakat anak-anak, didik kesedaran jaga alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Adik Faline Liong Jia Xien dipilih sebagai pemenang pertama pertandingan Recycle Runway sempena Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri (Pustaka Miri) yang diadakan di Boulevard Shopping Mall, di sini, baru- baru ini.

Selaku pemenang pertama, Faline membawa pulang wang tunai sebanyak RM500. Tempat kedua dan ketiga, masing- masing dimenangi adik Aalona Eve Vallerie dan Nicole Wong Xian sekali gus menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400 dan RM300.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengurus wilayah Pustaka Miri, Razak Rambili.

Seramai enam peserta menyertai pertandingan Recycle Runway yang antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kitar semula di samping itu menyahut cabaran Premier Sarawak dalam kelestarian alam sekitar.

Dalam ucapannya, Razak berkata Recycle Runway merupakan pertandingan kreativiti untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun yang ingin mencipta pakaian unik daripada bahan terbuang.

Pertandingan ini menggalakkan kanak-kanak untuk mengasah kreativiti mereka sambil mempromosikan kesedaran alam sekitar.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai aktiviti ini, orang ramai boleh menghubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.