ARTIKEL

Asah bakat kepimpinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Diadakan di TEGAS Digital Innovation Hub, seramai 70 individu terlibat termasuk murid, guru dan fasilitator jemputan dari Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu.

Objektif program adalah untuk membina daya kepimpinan berkualiti dan progresif dalam kalangan murid.

Murid juga diajar kemahiran untuk memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam mengendalikan kes disiplin.

Tidak lupa juga penerapan dan pengukuhan nilai murni serta sikap positif membantu murid meningkatkan kualiti masingmasing.

Latihan dalam kumpulan juga mengeratkan perpaduan dan memupuk semangat patriotisme serta nasionalisme dalam diri peserta.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu, Teratak Chi Bo Bintulu, Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu dan PIBG SRI Al-Amin Bintulu atas kerjasama dan tajaan bagi menjayakan kem kepimpinan kali ini.

BERITA LAIN

Cabaran REMAJA

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini. Program ini menghimpunkan seramai 145

SIMULASI HAJI CILIK

Kurikulum kebangsaan Malaysia menggariskan pelajar Islam perlu didedahkan dengan teori umrah dan haji. Pembelajaran teori ini juga harus disokong pembelajaran praktikal agar lebih berkesan. Justeru,

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

BERITA TERBARU