ARTIKEL

Asas pasaran minyak global kukuh sepanjang tahun 2023 – CEO Aramco

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Asas pasaran minyak global dijangka kekal kukuh sepanjang 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco Amin H Nasser.

Walaupun terdapat risiko kemelesetan di beberapa negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi serta konflik yang berterusan di Ukraine, beliau berkata ekonomi negara-negara membangun – terutama China dan India – sedang memacu pertumbuhan permintaan minyak yang stabil lebih daripada dua juta tong sehari tahun ini. 

“Ini cukup tinggi mengikut standard sejarah.

Walaupun China menghadapi beberapa tekanan ekonomi, sektor pengangkutan dan petrokimia masih menunjukkan tanda-tanda peningkatan permintaan.

“Kami optimis mengenai prospek pasaran untuk sepanjang tahun dan apabila ekonomi global yang lebih luas mula pulih, imbangan penawaran-permintaan mungkin akan terus diperketatkan,” kata Amin pada persidangan Energy Asia 2023 di sini semalam.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjadi tuan rumah persidangan pada 26 hingga 28 Jun ini, yang bertemakan ‘Charting Pathways for a Sustainable Asia’.

Mengenai peralihan tenaga, beliau tidak percaya kepentingan rantau Asia telah dicerminkan dengan secukupnya dalam naratif peralihan tenaga yang popular dan dasar peralihan semasa.

“Dasar peralihan sedia ada seharusnya dapat menangani kelestarian alam sekitar.

Bagaimanapun, isu-isu keselamatan dan kebolehcapaian tenaga yang sama kritikal kurang ditekankan,” kata Amin.

Beliau berkata Asia memerlukan peningkatan jumlah tenaga yang terbukti untuk memastikan kelas menengahnya terus berkembang dan laluan ke arah kemakmuran semakin terancam oleh dasar peralihan semasa. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU