ARTIKEL

Aseh Che Mat (dua kiri) bercakap pada sidang media selepas Seminar Integriti FAM di Wisma FAM hari ini, yang turut disertai Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi (dua kanan), Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman (kiri), dan Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram (kanan). | Foto: BERNAMA

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan badan induk itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Pengerusinya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, berkata ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara itu.

“Ini sekali gus dapat mengembalikan keyakinan semua pemegang taruh FAM sebagai badan induk bola sepak negara kita,” katanya pada sidang media selepas Seminar Integriti FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Aseh berkata susulan penyebaran ‘surat layang’ itu pada hujung Mac lepas, Jawatankuasa Integriti FAM telah mengadakan perbincangan dan menyerahkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.

Katanya, siasatan itu merangkumi dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian tender projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya bernilai RM25 juta dan isu tohmahan penyalahgunaan wang bagi penganjuran Kongres FAM ke-60.

“Siasatan ke atas kedua-dua isu berkenaan telah selesai dan dirujuk kepada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) yang berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM dan memutuskan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, NFA,” katanya.

Pada masa sama, Aseh berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah memanggil petugas dan bekas staf FAM sejak beberapa minggu kebelakangan ini bagi membantu siasatan berhubung isu ‘surat layang’ itu.

Beliau berkata siasatan polis berhubung perkara itu masih berjalan.

Dalam pada itu, Aseh berkata FAM juga mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram, bagi tujuan menambah baik urus tadbir serta pengurusan badan induk itu.

Sementara itu, Sivasundaram berkata jawatankuasa khas itu akan membentangkan rumusan dapatan hasil temu bual dengan keseluruhan petugas FAM dalam masa terdekat.

Pada hujung Mac lepas, tular di media sosial ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel yang membangkitkan isu kepimpinan dan pengurusan FAM.

Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, gaji serta manfaat staf, isu melibatkan skuad Harimau Malaya dan projek NTC. — BERNAMA

BERITA LAIN

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga