ARTIKEL

Asfalt pun meleleh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FENOMENA alam; berlakunya tekanan tinggi di atmosfera memaksa udara panas turun yang akhirnya menjebak haba panas di permukaan tanah.

Akibat tekanan tinggi ini juga, ia mencegah udara panas naik sehingga menghalang pembentukan awan hujan menyebabkan udara panas menjadi lebih panas.

Dikatakan, gelombang panas ekstrem 100 tahun lalu, 30 kali lebih mungkin berlaku kini, ekoran fenomena tingkat pemanasan global ketika ini.

Impaknya, udara lebih hangat sering kali disertai kelembapan yang memindahkan air yang menguap dari tanah, tumbuhan dan lautan ke atmosfera.

Kombinasi panas dan kelembapan ekstrem ini disebut sebagai suhu “bola basah” (wetbulb), menjadikan gelombang panas lebih berbahaya mengancam kehidupan manusia.

Fenomena gelombang panas diburukkan lagi oleh perubahan iklim dunia. Malah, fenomena El Nino kini berlaku di luar jangka.

Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) memperingatkan dunia akan berdepan rekod panas baharu berdasarkan kemungkinan 60 peratus El Nino akan pecah dan parah pada akhir Julai.

Pakar mengatakan 80 peratus kemungkinan El Nino menerjang pada akhir September.

El Nino dikaitkan dengan peningkatan panas di seluruh dunia yang menyebabkan berlaku kekeringan di beberapa bahagian dunia serta hujan lebat di bahagian dunia yang lain.

Manakala, sejak 2020 dunia dilanda fenomena La Nina, kondisi iklim yang membuat suhu lebih dingin.

Tanpa La Nina, kesan suhu panas kemungkinan lebih buruk.

El Nino

Menurut WMO, 2016 merupakan tahun terpanas yang pernah tercatat akibat “pukulan ganda” El Nino yang sangat kuat dan pemanasan yang disebabkan oleh manusia daripada gas rumah kaca.

WMO menjangka kesan El Nino pada suhu global bakal terjadi paling nyata pada 2024 dan dunia seperti Indonesia, Australia dan sebahagian Asia selatan harus bersedia mendepani impak El Nino ini.

Manakala, Amerika Selatan, Amerika Syarikat, tanduk Afrika dan Asia Tengah mengalami peningkatan curah hujan aibat naiknya suhu permukaan laut.

Manusia tentu sekali risau akan ancaman kesihatan terhadap diri dan keluarga.

Namun, di luar kawalan manusia, gelombang panas menimbulkan ancaman serius ke atas industri pertanian, tenaga dan prasarana.

Di India, hampir separuh stok gandum di beberapa wilayah “hilang” akibat gelombang panas.

Gelombang panas berupaya memicu kekeringan serta kebakaran hutan yang merosak tanaman dan ternakan.

Apabila faktor cuaca mengurangkan stok makanan, bermakna ia memaksa berlakunya kenaikan harga barang.

Fenomena gelombang panas turut mengganggu bekalan elektrik apabila ramai memasang pendingin udara sehingga berlaku krisis bekalan elektrik di pinggir bandar.

Naiknya penggunaan bahan bakar daripada arang batu turut memberi kesan kepada emisi gas rumah kaca yang menambah parahnya gelombang panas itu sendiri.

Luapan banjir Glacial Lake yang disebabkan pencairan akibat gelombang panas pada Mac 2022 menghancurkan jambatan, merosakkan pembangkit elektrik, rumah dan pusat komuniti di Pakistan.

Bahkan di China, suhu atmosfera yang panas membuat jalan berlubang, bahkan jalan asfalt atau bertar meleleh dan jubin pecah di Shanghai dan kota lainnya.

Strok Haba

Laporan WHO 2023 mengesahkan strok haba membunuh lebih 20,000 nyawa sejak fenomena gelombang haba berterusan di Eropah pada pertengahan 2022.

Sejak 2010, di India dilaporkan lebih 6,500 orang meninggal dunia akibat suhu panas.

Pada 2018, Jepun mencatatkan 138 kematian akibat suhu panas dengan lebih 70,000 orang memerlukan rawat inap. China turut mengalami panas akstrem pada 2022 lalu merekodkan banyak kematian.

Di tanah air, METMalaysia melaporkan gelombang panas dan kering melanda negara akibat peralihan monsun berterusan sehingga Julai 2023.

Pada 2016 berlaku 22 kes ialah strok haba, tidak termasuk dua kes baharu kematian kanak-kanak pada awal Aidilfitri lepas.

Negara Asia lain termasuk Thailand mencatatkan suhu 44.6 darjah Celsius, Laos dan Vietnam 42.4, China 41.9, India 44.5, Bangladesh 51.2, Myanmar 45 dan Nepal 42.2.

Strok haba menjadi isu kesihatan serius akibat pendedahan kepada keadaan panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu yang meningkat dengan cepat melebihi 40 darjah Celsius.

Individu melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi mendapat strok haba seperti pekerja binaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, atlet dan individu yang melakukan aktiviti luar di bawah sinaran matahari terik. 

Selain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti berisiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik.

Pendarahan

Kesan jangka pendek akibat pendedahan mengejut kepada cuaca panas boleh mengakibatkan sel badan cedera, berlaku radang, darah mudah membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting. 

Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, masalah sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

Menghindar terkena strok haba, elak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik untuk tempoh lama, elak melakukan aktiviti fizikal dalam situasi letih, lapar atau dahaga keterlaluan.

Pastikan anda terhidrat dengan minum air kosong 3 hingga 4 liter sehari. Individu di negara terancam gelombang haba diingatkan agar mengamalkan pengambilan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian longgar dan ringan serta memakai pelindung haba seperti topi atau payung.

Mengelak tragis, jangan tinggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik walaupun dengan andaian “sekejap saja”.

Sekalipun anda memandu dengan keadaan bergerak, pastikan pengudaraan cukup dengan sistem pendingin hawa sempurna.

Bahkan, turut pastikan pengudaran dan pendingin hawa di rumah atau premis pejabat dan kediaman berfungsi sempurna.

Bagi haiwan peliharaan, cuaca panas atau strok haba melampau turut memberi kesan, malah menimbulkan risiko terhadap mereka.

Seperti manusia, strok haba juga dapat meragut nyawa haiwan, selain merosakkan organ dalaman haiwan jika lambat mendapat rawatan.

BERITA LAIN

Kita saling mengingati

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami. Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

BERITA TERBARU