ARTIKEL

Asfia, Awang Tengah hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara.

Beliau menghadiri mesyuarat dua hari bermula Rabu itu bagi mewakili Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat tersebut dipersembahkan dengan taklimat penting mengenai kedudukan semasa ekonomi, keselamatan dan pertahanan negara.

Taklimat berkenaan masing-masing disampaikan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, hari kedua mesyuarat dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menyentuh mengenai pelantikan beberapa jawatan penting.

Mesyuarat selama dua hari itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 November lepas yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU