ARTIKEL

Asfia tolak usul benarkan penjaja durian berniaga di Pasar Buah Bermusim Padungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar menolak usul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Chong Chieng Jen, yang memohon DUN mengarahkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menyemak semula keputusan melarang penjaja durian Ignatius Anthony Ang untuk berniaga di Pasar Buah Bermusim Padungan.

Asfia berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Ignatius berniaga di situ tanpa lesen daripada MBKS.

“Walaupun ada dakwaan dia telah berniaga dengan lesen harian selama bertahun-tahun, namun hakikatnya dia menjual buah-buahan itu tanpa notis yang betul dan sah.

“Oleh itu, adalah bertentangan dengan dasar awam MBKS membenarkan peniaga haram tanpa lesen menjual durian di pasar MBKS,” katanya.

Beliau menegaskan, kepentingan awam mesti dijaga dan dipertahankan.

Justeru, katanya memaafkan amalan haram menjual buah-buahan tanpa lesen di Pasar Buah Bermusim Padungan akan memberi isyarat yang salah dan mencetuskan penyelewengan yang meluas sekali gus menjejaskan kuasa MBKS termasuk kepentingan awam.

Menjelas lanjut, Asfia berkata tidak ada perkara yang mendesak mengenai perkara itu kerana MBKS bertindak mengikut undang-undang dan dalam kuasanya.

Chong yang juga Pengerusi parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak semalam mengusulkan agar DUN Sarawak memutuskan untuk MBKS menyemak semula keputusan menghentikan perniagaan Ignatius di Pasar Buah Bermusim Padungan dan membenarkan penjaja durian itu meneruskan perniagaannya di situ.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu