ARTIKEL

HORMAT... Abang Johari serta tetamu lain berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan pada Majlis Makan Malam sempena Persidangan Komander Rejimen Askar Wataniah Siri 35/2024 di Kuching, malam tadi.

Askar Wataniah perkukuh ikatan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Askar Wataniah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ikatan masyarakat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pasukan itu boleh menjadi pautan penting kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, saya menggesa Setiausaha Kerajaan Sarawak dan pegawai kanan mereka untuk menyertai Askar Wataniah kerana ia akan menjalin hubungan baik dengan pemimpin masyarakat, ketua kaum dan anggota beruniform untuk memastikan keselamatan awam,” katanya.

Beliau yang juga Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah berkata demikian semasa Majlis Makan Malam sempena Persidangan Komander Rejimen Askar Wataniah (SKAW) Siri 35/2024 di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri, malam tadi.

Beliau turut menekankan kepentingan persidangan dalam menetapkan arah yang lebih jelas demi mengukuhkan pasukan itu sebagai benteng pertahanan negara.

“Inisiatif ini juga akan mempereratkan hubungan dengan masyarakat Sarawak ketika kita mempertahankan Malaysia tercinta.

“Sekali gus akan menyumbang kepada pembangunan negara secara kolektif,” ujarnya.

Dalam masa sama, Abang Johari mahu pelbagai isu ditangani pada persidangan kali ini demi meningkatkan kerjasama yang melibatkan Askar Wataniah, di samping memperkukuhkan disiplin.

Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al

TANDA PENGHARGAAN… Abang Johari menerima cenderamata tanda penghargaan.

Aminul Karim Sultan Salehuddin, Raja Muda Perlis Komander Rejimen 504 AW, Timbalan Komander Rejimen 513 AW Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Setiausaha Kerajaan Sarawak yang juga merangkap Komander Rejimen 510 AW Brigedier Jeneral Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai, dan Timbalan Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu turut hadir sama.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC