ARTIKEL

Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara yang dibangkitkan pada perbincangan berkaitan isu Internet antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ekosistem perlindungan kanak-kanak di media sosial sentiasa menjadi ‘awlawiyat’ (keutamaan) kepada kementerian. 

“…untuk kami terus melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman buli siber, pengantunan dan gangguan seksual,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini. 

Perbincangan itu turut dihadiri oleh ketua setiausaha kedua-dua kementerian terlibat. 

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Komunikasi sedia membantu Kementerian Pendidikan memastikan penggunaan internet dengan selamat. 

Turut dibincangkan pada pertemuan itu, menurut Fahmi ialah isu kesalinghubungan internet di sekolah. 

“Kementerian Komunikasi bersedia membantu Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid dan guru dapat memanfaatkan kesalinghubungan yang lebih baik,” katanya. 
– Bernama

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU