ARTIKEL

Asrama sekolah dinaiki air, 56 pelajar berjaya dibawa keluar ke tempat selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Bilik Kawalan Bomba Lawas menerima laporan yang mengatakan asrama di SK Siang – Siang telah dinaiki air pagi tadi di sini hari ini.

“Terdapat mangsa banjir di asrama SK Siang -Siang dan perlu dipindahkan.” menurut kenyataan tersebut.

Setibanya pihak bomba ditempat kejadian, size up terus dilakukan dan didapati banjir telah pun berlaku di kampung tersebut dengan kedalaman 4 kaki.

Dianggarkan 56 pelajar asrama terjejas dan terperangkap yang memerlukan bantuan bomba untuk dikeluarkan dengan selamat.

Pihak bomba bertindak memindahkan mangsa banjir menggunakan ke tempat yang selamat.

Setelah itu pihak sekolah menyerahkan pelajar kepada ibu bapa masing – masing untuk dibawa terus ke rumah.

“Bagaimanapun trend air ketika ini semakin surut,” ujar kenyataan itu lagi.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat