ARTIKEL

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui

Atasi banjir, bukan berpolitik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Semua pihak diminta tidak mempolitikkan isu banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sebaliknya semua wakil rakyat, agensi berkaitan perlu bekerjasama untuk menangani isu ini.

Katanya, terdapat banyak faktor utama berlakunya banjir ini seperti faktor tempatan, limpahan air Sungai Sarawak, dan perubahan iklim.

“Terdapat dua faktor yang dapat kita tangani, iaitu faktor tempatan dan faktor sungai, tetapi faktor perubahan iklim, ia sangat sukar kerana bukan di bawah kuasa kami, ia kuasa Tuhan

. “Tetapi kami juga perlu membantu supaya kita tidak mempercepatkan perubahan iklim,” katanya ketika ditanya mengenai projek tebatan banjir pada Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal di Hospital Umum Sarawak, semalam.

Beliau juga mempersoalkan beberapa wakil rakyat yang suka bermain politik mengenai banjir

“Banjir ini bukan hanya berlaku di kawasan saya (DUN Batu Kawa, ia juga berlaku di Lundu, Bau, Serian, Betong dan sebagainya

“Sebagai wakil rakyat, sepatutnya membangkitkan isu ini kepada Putrajaya, bukan hanya bermain politik,” tambahnya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU