PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Atasi birokrasi penempatan ke sekolah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BETONG: Jika dulu lepasan universiti atau maktab perguruan hanya menunggu dua hingga empat minggu untuk mendapat surat penempatan, tetapi kini empat hingga enam bulan, kata Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (Lakis) Dr Abang Ismail Abang Julhi.

“Berbanding dahulu birokrasi pelantikan dan penempatan tidak terlalu lama. “Contohnya pada 1990-an, bagi mereka yang telah menamatkan kursus perguruan di universiti atau maktab perguruan, mereka tidak perlu menunggu lama untuk ditempatkan di sekolah.

“Setelah mereka berkhidmat lebih kurang tiga hingga empat bulan, barulah ditemu duga untuk tujuan pelantikan dan seterusnya pengesahan dalam skim perkhidmatan pendidikan mengikut gred kelayakan masing-masing.

“Justeru dalam isu ini, pihak berwajib perlu mengurangkan birokrasi dalam pengurusan pelantikan penempatan guru,” katanya ditanya tentang pengumuman Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bahawa KPM akan melaksanakan pengambilan khas seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidik Gred DG41 untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri.

Jelasnya, berbanding hari ini, lepasan universiti atau maktab perguruan yang telah mengikuti latihan perguruan selama tiga hingga lima tahun terpaksa menunggu lama untuk ditempatkan.

“Kadang-kadang sampai enam bulan. Tetapi dulu, kadangkadang surat penempatan diperoleh selepas menamatkan Kursus Praperkhidmatan ketika itu. Inilah yang dimaksudkan dengan birokrasi dalam agensi pihak berwajib dalam menangani pelantikan dan penempatan guru di Malaysia.

“Maka, pengumuman KPM hari ini (semalam) disifatkan sebagai berita gembira buat siswazah yang masih banyak menganggur terutama yang sudah menamatkan kursus melalui pengajian sejak tiga hingga empat tahun lepas,” ujarnya.

Mengenai isu lain yang berkait rapat dengan kekurangan guru, Abang Ismail memaklumkan, ia juga berkaitan dengan unjuran keperluan guru yang tidak selaras dengan pengambilan guru yang dilatih.

“Unjuran keperluan guru perlu selaras dengan pengambilan guru yang dilatih. Contohnya, kekosongan guru pada 2025, perlu dilatih pada 2021 kerana keperluan mereka akan menampung penempatan pada 2025.

“Begitu juga data guru bersara pada usia 60, 58 dan 56 tahun pada tahun tersebut sudah ada awal tanpa melihat guru yang memilih opsyen awal atau guru yang meninggal dunia, faktor kesihatan dan sebab-sebab luar jangka.

“Jadi, KPM melalui Bahagian Dasar, Perancangan den Penyelidikan Pendidikan (EPRD) perlu duduk semeja dengan KPT dan IPG untuk melihat dan membincangkan jumlah keperluan guru setiap tahun. “Apabila unjuran data keperluan guru sudah tepat, saya fikir pengambilan guru dapat diselaras,” tegasnya.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada KPM atas kesedaran isu yang sekian lama membelenggu sekolah-sekolah selama ini. “Yang pasti, kekurangan guru bukan isu baru dalam sistem pendidikan negara.

“Jika kita mengimbau kembali dari 1970 hingga sekarang, Sarawak khususnya sentiasa berdepan dengan isu kekurangan guru, sehingga ramai guru dari Semenanjung Malaysia berkhidmat di Sabah dan Sarawak untuk mengisi kekosongan di hampir seluruh sekolah.

“Inisiatif serta langkah drastik yang diambil oleh KPM dalam menangani isu ini amat dinantinantikan oleh semua organisasi pendidikan termasuk NGO yang berkaitan dengan profesionalisme keguruan,” tambahnya. KPM melalui menterinya semalam juga menyatakan pengambilan khas guru secara sekali akan dibuka mulai 7 Julai depan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru