ARTIKEL

Atlet kayak Siti Nurul Masyitah kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di sini.

Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar jurusan terbabit mengalami kecederaan yang serius.

“Mangsa sekarang dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.

“Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan mangsa dan diberikan kesembuhan,” menurut hantaran itu.

Hantaran tersebut juga menyatakan bahawa Siti Nurul Masyitah sering berulang-alik dari politeknik ke rumah untuk menjaga ibu yang mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan, manakala bapanya pula memerlukan rawatan dialisis.

Pelajar semester enam Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) itu merupakan salah seorang atlet kayak dan Perahu Naga Malaysia yang telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2023.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan atlet tersebut terbabit dalam kemalangan dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan menerusi kenyataan media yang akan dikeluarkan.

Terdahulu, kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lepas itu turut tular di media sosial dengan beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan kejadian kemalangan membabitkan atlet tersebut yang menunggang motosikal dengan sebuah kereta. 

— BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU