ARTIKEL

Atlet negara berperanan sebar imej baik Malaysia di Sukan Asia Hangzhou

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kedudukan barisan atlet negara terus dimartabatkan apabila bakal menggalas tanggungjawab baharu sebagai ‘Duta Malaysia’ pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 Datuk Chong Kim Fatt berkata selain daripada berjuang mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat, barisan atlet berperanan untuk menyebarkan imej baik Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Beliau berkata perkara itu selaras dengan Semangat Olimpik di bawah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang merangkumi keseluruhan elemen dan bukannya sekadar hanya bertanding.

“Menteri (Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh) memberi sokongan dan bersetuju bahawa kontinjen kali ini bukan hanya pergi untuk bertanding, tetapi untuk satu daripada elemen yang penting iaitu diplomasi sukan.

Semua atlet akan dilantik sebagai duta sukan.

“Apabila bawa bendera Malaysia bersama itu adalah satu tanggungjawab untuk tunjukkan imej rakyat Malaysia yang bagus.

Ini boleh tarik minat mereka untuk datang bercuti di sini, mungkin antaranya boleh melabur jadi secara tak langsung boleh bangunkan negara,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan skuad terjun dan renang negara di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung perkara itu.

Sementara itu, Kim Fatt berkata bengkel penetapan sasaran akan dijalankan pada 22 Ogos ini

“Saya seru atlet untuk memburu pingat emas dalam apa jua acara disertai, (soal) sasaran itu cerita lain, yang penting mereka mesti berjuang untuk nama Malaysia dan rakyat di sini,” katanya.

Pada Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, kontinjen negara meraih keseluruhan tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa di tangga ke-14. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket

Sentinels STK muncul juara futsal

KUCHING: Pasukan Sentinels STK dari Kuching melakar kejutan muncul juara Kejohanan Futsal Runati sempena Hari Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu

BERITA TERBARU

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan