ARTIKEL

LEGENDA… Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Nicol Ann David bercakap ketika sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan ke Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini.

Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanel 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kesediaan dan kesiapsiagaan atlet tidak seharusnya menjadi masalah jika Malaysia memutuskan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, kata legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.

Berkongsi pengalamannya, bekas ratu skuasy negara itu berkata sama ada Malaysia menganjurkan temasya empat tahun sekali itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menjalani latihan untuk penyertaan sukan utama lain.

“Atlet sudah bersiap sedia, ada yang ke Sukan Olimpik, ada ke acara seperti Sukan Asia dan Komanwel yang diadakan empat tahun sekali.

“Kami tahu tahun itu akan menjadi penting, jadi perlu bersedia dua tahun sebelumnya untuk mencapai keputusan lebih baik.

“Ia adalah sebahagian daripada persiapan sama ada mereka akan merasakan tekanan tambahan atau tidak, ia sentiasa tekanan daripada kita sendiri untuk negara mendapat pingat.

“Selain itu, bermain di laman sendiri, kita akan mendapat kelebihan dan banyak sokongan,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengimbau kenangan menyertai Sukan Komanwel 1998 ketika berusia 14 tahun, Nicol berkata pengenalan skuasy dalam Sukan Komanwel ketika itu telah membantu sukan raket berkenaan meraih populariti.
 
“Ia merupakan kali pertama skuasy dipertandingkan, untuk membuat persiapan ia sangat mengujakan dan skuasy mendapat banyak pengiktirafan sejak dari itu,” kata juara dunia lapan kali itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU