Atlet powerlifting tunggu di vaksinasi

PENGURUS Powerlifting Para Sukma Sarawak, Rusmalina Mat Darus yakin suntikan vaksin Covid-19 yang bakal diterima pemain dapat menjadi cetusan semangat untuk mereka terus mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya Sukan Para Sukma Johor yang akan berlangsung tahun depan.

“Apabila semua atlet sudah menerima suntikan vaksin itu kelak, saya percaya mereka akan lebih berkeyakinan serta bersemangat ketika menjalani latihan,” katanya semalam.

Menurut beliau, semua atlet sudahpun didaftar sebelum ini dan hanya menunggu panggilan untuk tujuan tersebut.

Rusmalina percaya anak-anak buahnya akan menerima suntikan vaksin tersebut tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Rusmalina memberitahu, sesi latihan membabitkan atlet berubah sejak pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Jun 2021

Suara Sarawak