ARTIKEL

Atlet remaja 16 tahun pecah rekod 400m bawah-17 dunia milik Usain Bolt

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TalkSPORT baru-baru ini melaporkan bahawa seorang atlet remaja berusia 16 tahun dari Jamaica, Nickecoy Bramwell, telah memecah rekod dunia yang dicipta oleh Usain Bolt 22 tahun lalu.

Bramwell melakar sejarah dalam acara 400 meter (m) bawah umur 17 tahun dengan mencatatkan masa yang 0.07 saat (s) lebih pantas daripada rekod Bolt, pemenang lapan pingat emas Olimpik.

Pada usia baru menjangkau 16 tahun, Bramwell adalah pemegang rekod baharu bawah umur 17 tahun apabila dia memenangi acara tersebut dalam masa 47.26s.

Remaja itu melakar namanya dalam buku sejarah di Sukan Carifta ke-51 yang berlangsung pada 30 Mac-1 April lepas di Kirani James Athletic Stadium, Grenada.

Bramwell, yang masih belajar di Calabar High di Kingston, Jamaica, berpotensi menjadi atlet yang hebat selepas berjaya memecah salah satu rekod Bolt.

Bolt dianggap ramai sebagai pelari pecut paling hebat sepanjang zaman tetapi acara 400m tidak pernah menjadi kegemarannya selepas peringkat remaja.

Seandainya Bramwell dapat mencapai kehebatan yang sama dengan Bolt, maka dunia olahraga akan menyaksikan kebangkitan seorang lagi legenda sukan dunia.

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA