Atlet renang Sarawak ditemui mati

KUCHING: Atlet renang lelaki Sarawak ditemukan mati di rumah keluarganya di Tabuan Laru, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ayrton Lim berusia 19 tahun ditemui mati oleh ibunya yang pulang daripada menjemput adiknya di sekolah.

Menurut ibu mangsa, mangsa didapati tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

Ibu mangsa kemudian terus menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan.

Suara Sarawak