ARTIKEL

Atlet Sarawak berazam untuk cipta lebih banyak kejuaraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TAHUN 2023 melabuhkan tirai, dan disambut kehadiran tahun baharu 2024.

Tahun 2023 mungkin tersemat seribu kenangan manis dan disulami catatan sejarah terindah bagi setiap individu.

Peristiwa yang berlaku dan dialami juga mungkin sukar untuk dilupakan.

Yang pasti setiap individu dalam bidang tugas berbeza mempunyai kenangan masing-masing.

Pada masa sama, mungkin masih terdapat keinginan yang belum tercapai.

Mereka yang terlibat dalam dunia sukan juga tidak terkecuali melalui situasi sama.

Petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, 24, berkongsi pengalaman serta kejayaan dikecapi sepanjang 2023, seterusnya memaklumkan hala tuju dan sasarannya selepas ini.

“Tahun 2023 menghimpunkan beberapa kejayaan yang terpahat sebagai kenangan manis buat diri saya.

“Kenangan yang kekal terpahat dalam sanubari saya apabila berjaya merangkul kejuaraan dengan membawa pulang tali pinggang utama pada Kejohanan Tinju Persekutuan Tinju Asia (ABF) 2023 yang berlangsung di Bangkok, Thailand,” nya.

Beliau menumpaskan petinju berpengalaman dari Thailand, Artid Bamrungauea dalam kategori Bantam Weight (54 kg) menerusi TKO pada pusingan ketiga.
Anak jati kelahiran Sri Aman dan lebih dikenali sebagai Kilat Boy ini turut berjaya melakar satu lagi sejarah dalam kariernya apabila berjaya muncul juara dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023.

“Saya melihat perjalanan dalam dunia sukan tinju masih lagi jauh.

“Walaupun memuktamadkan keputusan untuk bersara sebagai pentinju amatur, namun fokus saya kini terarah ke pentas profesional,” tambahnya lagi.

Mcdelon meletakkan sasaran memperoleh lebih banyak kejayaan di pentas lebih berprestij, serta berazam memperbaiki kedudukan ke pertama berbanding kedua ketika ini.

“Tahun ini (2024) saya akan menyertai lima hingga enam kejohanan profesional untuk menaikkan ranking peringkat Asia dan dunia.
“Pada masa masa, tahun ini juga saya akan cuba untuk merebut gelaran baru seperti WBC Asia, WBA Asia dan beberapa kejohanan lain,” katanya berimpian untuk menyertai kejohanan di luar negara.

Sementara itu, jaguh bina badan dunia wanita kelahiran Sarawak, Philomena Dexclyn Siar menyifatkan 2023 menghimpun beberapa kenangan indah setelah berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok tiga terbaik beberapa kejohanan berprestij.

Beliau berjaya meraih pingat emas Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Peringkat Asia Ke-55, Kathmandu di Nepal dalam kategori (Sukan Fizik Wanita Ketinggian 165 cm).

Anak jati kelahiran Kampung Kakeng, Serian ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama Asia memenangi gelaran tersebut.
Beliau juga berjaya memenangi dua pingat gangsa Kejohanan Bina Badan Dunia Sukan Fizik, Wanju, Korea Selatan.

Philomena mencipta nama menerusi dua kategori iaitu Individu Wanita Sukan Fizik Ketinggian 165 cm dan kategori Terbuka Wanita Sukan Fizik (35 tahun ke atas).
Beliau menyifatkan beberapa kejayaan yang diperoleh sepanjang tahun lalu sebagai satu penanda aras terbaik sepanjang sedekad terlibat dalam sukan bina badan
. “Saya akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan peringkat Asia dan memperbaiki pencapaian sedia ada,” tambahnya. Justeru, Philomena melihat 2024 sebagai tahun yang akan memberikan cabaran besar kepadanya.
Sehubungan itu, beliau mahu lebih fokus untuk mengekal momentum yang pernah dicipta, selain cuba menambah koleksi kejayaan.

Menurut Philomena, beberapa kejohanan akan disertai antaranya Kejohanan Bina Badan Peringkat Asia Sukan Fizik 2024 di Batam, Indonesia dan Kejohanan Bina Badan Dunia Sukan Fizik 2024 yang akan berlangsung di Kepulauan Maldives.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU