ARTIKEL

Awang Putrayusrie bersama-sama dengan atlet-atlet pelayaran yang mewakili SUKMA XXI sedang menjalankan latihan di Marina Bay

Atlet sukan pelayaran Sarawak diyakini bersinar dalam SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Atlet-atlet sukan pelayaran kontinjen Sarawak diyakini mampu bersinar dalam Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Reduan berkata, ini kerana atlet-atlet sukan terbabit kini sedang giat menjalankan latihan persediaan.

“Atlet-atlet pelayaran yang mewakili Sarawak kini sedang menjalankan latihan di Marina Bay, dan persiapan mereka kini juga berjalan dengan lancar.

“Justeru, saya berharap agar mereka dapat mengharumkan nama Sarawak dengan mencapai sasaran pingat dalam sukan berkenaan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan tinjauan ke venue SUKMA di Miri semalam.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) itu mendedahkan bahawa persiapan kesemua venue SUKMA di Miri adalah memuaskan.

“Selepas mengadakan lawatan ke semua venue terlibat, saya mendapati bahawa kesemua persiapan adalah dalam keadaan baik dan teratur.

“Ini adalah berkat kerjasama daripada pemilik venue dan juga agensi-agensi di Miri dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kesemua atlet semasa temasya sukan itu berlangsung,” jelasnya.

SUKMA pada kali ini menetapkan Sarawak sebagai tuan rumah, dan ia akan melibatkan sebanyak 37 sukan dipertandingkan serta melibatkan 484 acara sukan.

Sementara itu, bagi bahagian Miri, sebanyak enam kategori sukan akan dipertandingkan iaitu sukan pelayaran, lawan pedang, karate, pencak silat, sofbol dan ragbi masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Awang Putrayusrie semasa mengadakan lawatan tinjauan ke salah satu venue acara sukan sempena SUKMA XXI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di