ARTIKEL

Australia haramkan TikTok peranti kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYDNEY: Australia mengumumkan pada Selasa ia akan mengharamkan TikTok pada peranti kerajaan, menyertai senarai negara Barat dalam tindakan membanteras aplikasi milik China itu kerana kebimbangan keselamatan negara.

Peguam Negara Mark Dreyfus berkata, keputusan itu diambil mengikut nasihat daripada agensi perisikan negara itu dan akan bermula secepat mungkin.

Australia ialah ahli terakhir perikatan keselamatan berahsia Five Eyes yang meneruskan larangan TikTok kerajaan, menyertai sekutunya Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada dan New Zealand. Perancis, Belanda dan Suruhanjaya Eropah telah membuat langkah yang sama.

Dreyfus menjelaskan bahawa kerajaan akan meluluskan beberapa pengecualian berdasarkan kes demi kes dengan melaksanakan mitigasi keselamatan yang sewajarnya.

Pakar keselamatan siber telah memberi amaran bahawa aplikasi itu yang mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna, mungkin digunakan untuk menyimpan data yang kemudiannya dikongsi dengan kerajaan China.

Sementara itu menurut seorang penganalisis dengan Institut Dasar Strategik Australia, Fergus Ryan, menghapuskan TikTok daripada peranti kerajaan adalah keputusan yang bijak.

“Sudah bertahun-tahun jelas bahawa data pengguna TikTok boleh diakses di China,” kata Ryan kepada AFP.

“Mengharamkan penggunaan aplikasi itu pada telefon kerajaan adalah keputusan yang bijak dengan mengambil kira fakta ini.”

Kata Ryan, Beijing berkemungkinan melihatnya sebagai layanan tidak adil dan diskriminasi terhadap syarikat China.

Kebimbangan keselamatan itu disokong oleh undang-undang China 2017 yang memerlukan firma tempatan menyerahkan data peribadi kepada kerajaan jika ia berkaitan dengan keselamatan negara.

Beijing telah menafikan pembaharuan ini menimbulkan ancaman kepada pengguna biasa.

China tidak pernah dan tidak akan menghendaki syarikat atau individu untuk mengumpul atau menyediakan data yang terletak di negara asing, dengan cara yang melanggar undang-undang tempatan”, kata jurucakap kementerian luar Mao Ning pada Mac.

TikTok sebelum ini mengatakan larangan sedemikian berpunca daripada xenophobia, sambil menegaskan bahawa ia tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kerajaan China.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU