Covid-19: Empat daerah bertukar status
KUCHING: Empat daerah di Sarawak bertukar status baharu apabila kes positif Covid-19 dikesan di daerah tersebut dalam tempoh 14 hari lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daerah Dalat bertukar dari status jingga kepada merah setelah mencatatkan sejumlah 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.