You are here:Home-Colinna Radang

About Colinna Radang

This author has not yet filled in any details.
So far Colinna Radang has created 33 blog entries.

HUS terima sumbangan peralatan

KUCHING: Hospital Umum Sarawak menerima sumbangan peralatan daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital dalam usaha menangani wabak Covid-19 di negeri ini. Ahli Lembaga Pelawat Hospital dalam kenyataan berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan kepada kakitangan hospital dalam menghadapi krisis penularan wabak Covid-19. “Kami sangat berterima kasih kepada kakitangan hospital kerana kerja keras dan pengorbanan mereka yang

By |2020-03-26T15:46:56+08:00March 26th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Kerajaan Sarawak prihatin

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan beberapa insentif khas kepada rakyat tempatan dan petugas barisan hadapan di negeri ini, susulan kesan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha ini jelas menunjukkan tahap keprihatinan yang tinggi oleh pemimpin negeri dalam menjaga kebajikan rakyat. “Kita sangat

By |2020-03-25T21:57:20+08:00March 25th, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

DUBS anggap tindakan tidak munasabah

KUCHING: Tindakan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) yang menolak permohonan peniaga Bazar Uptown DUBS untuk mengekalkan tapak yang sama sebagai tapak bazar Ramadan telah menimbulkan rasa tidak puas hati Exco DUBS. Pengerusinya, Ir Ismawi meluahkan rasa kecewa susulan keputusan yang diambil oleh MPKS yang mengumpul kesemua operasi bazar di sekitar Desa Ilmu ke tapak Wet

By |2020-02-19T21:41:22+08:00February 19th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Menjamin kebajikan pekerja

SETIAP pekerja layak mendapat kemudahan kebajikan yang disediakan oleh majikan tanpa mengira bidang pekerjaan yang diceburi. Kebajikan merupakan keperluan asas untuk pekerja yang turut termaktub dalam undang-undang negara. Majikan haruslah mempertimbangkan perancangan dan kemudahan kebajikan dan jaminan aspek keselamatan pekerja. Kemudahan yang mencukupi dan diselenggara dengan baik boleh memberi manfaat kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Jika

By |2020-02-11T11:48:29+08:00February 11th, 2020|Categories: PEMIKIRAN|0 Comments

Teknologi digital buka peluang perniagaan

KUCHING: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menggalakkan penyertaan belia dalam gerakan koperasi untuk meningkatkan ekonomi negara. Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penglibatan belia dalam Angkasa dapat mewujudkan kepelbagaian sektor perniagaan baharu melalui kepesatan Industri Revolusi 4.0 yang disertai golongan tersebut. “Inovasi dunia digital dan penggunaan teknologi tinggi dapat meningkatkan pengeluaran produk dan penyampaian

By |2020-02-10T10:25:23+08:00February 10th, 2020|Categories: EKONOMI|0 Comments

Ketua Menteri sertai upacara menggaul ‘Yee Sang’

KUCHING: Ketibaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang disambut baik ketika tiba di kediaman Datuk Goh Leng Tua sekitar jam 8 malam tadi. Beliau yang diiringi beberapa ahli parti GPS yang lain turut berkesempatan menyertai upacara menggaul 'Yee Sang' yang membawa maksud pembawa kemakmuran. Masyarakat

By |2020-01-26T08:28:14+08:00January 26th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Taib Mahmud hadiri rumah terbuka

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang berlangsung di kediaman Rodger Chan Siong Boh hari ini. Ketibaan mereka sekitar jam 2 petang tadi, telah disambut baik oleh ahli keluarga serta pengunjung yang hadir. Beliau dan isteri juga sempat merakamkan gambar

By |2020-01-25T16:18:36+08:00January 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Ketua Menteri kunjungi rumah terbuka Dr Au Yong

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut hadir ke majlis rumah terbuka Dr Au Yong di kediamannya di Jalan Tun Openg tengah hari tadi. Ketibaan beliau sekitar jam 12 tengahari tadi, telah disambut baik oleh ahli keluarga dan juga tetamu yang hadir. Hadir sama Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan

By |2020-01-25T13:42:37+08:00January 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Tanah runtuh disebabkan aliran sungai yang deras

KAPIT: Keadaan hujan yang berterusan serta aliran sungai yang deras dalam beberapa hari telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan Rumah Panjang ke RH Jembu dan Sk. Sg Paku, Kapit baru-baru ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata jalan tersebut masih tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan susulan berlaku tanah susur di

By |2020-01-24T19:20:00+08:00January 24th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Jugah Muyang nafi penglibatan dalam isu Zuraida

KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang menegaskan bahawa pembabitan namanya berkenaan isu sokongan terhadap desakan perletakan jawatan Zuraida Kamaruddin adalah satu tindakan di luar pengetahuannya. Beliau berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mna-mana tindakan untuk memberi sokongan mahupun persetujuan berkaitan isu tersebut. "Merujuk kepada kenyataan media pada 22 Januari lalu, saya dengan ini menegaskan

By |2020-01-24T14:21:25+08:00January 24th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments