Perkasa peranan komuniti
SARIKEI: Peranan komuniti terus diperkasakan melalui pelbagai pendekatan sejajar dengan fungsi mereka sebagai penggerak program pembangunan kerajaan di peringkat akar umbi. ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, kemajuan sesebuah kampung bergantung kepada kecekapan kepimpinan selain perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Sehubungan itu katanya, program pembangunan dan pendidikan komuniti mampu menjadi platform penyatuan dalam menangani