Liga Malaysia: Tiga beradik taruhan Kuching City FC
TIGA beradik, Shahran Abdul Samad (pertahanan tengah/kiri), Samsu Alam Abdul Samad (tengah) serta Nazrul Abdul Samad (pertahanan tengah) akan menjadi taruhan Kuching City FC dalam kempen Liga Malaysia 2021. Mereka berasal dari Sandakan, Sabah, namun menetap di Bahagian Bintulu sejak puluhan tahun. Nama mereka cukup popular di bandar belacan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.