You are here:Home-Indun Silong

About Indun Silong

This author has not yet filled in any details.
So far Indun Silong has created 333 blog entries.

Petugas barisan hadapan terima sumbangan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri

KUCHING: Petugas barisan hadapan sekatan jalan raya Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Kuching menerima sumbangan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Merbin Lisa hari ini. Merbin yang telah pergi ke setiap sekatan jalan raya IPD Kuching turut memberi sokongan moral serta suntikan semangat kepada petugas-petugas berkenaan yang tidak jemu memberikan

By |2020-05-26T21:10:44+08:00May 26th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Amal upacara ‘miring’ di bilik masing-masing

KUCHING: Masyarakat Iban yang masih mengamalkan upacara 'miring' diminta untuk melakukan upacara itu di bilik masing-masing. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata perayaan Hari Gawai dan upacara seperti 'miring' adalah ritual yang sangat individualistik. "Dalam upacara ini setiap keluarga, diminta untuk memberikan sesuatu kepada dewa. "Dewa ini dipuja supaya menolong keluarga

By |2020-05-26T11:18:10+08:00May 26th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Pelajar IPT diseru patuh arahan kuarantin diri, tidak tanggalkan gelang elektronik

DARO: Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenarkan pulang di sekitar Daro diminta supaya mematuhi arahan kuarantin diri dan tidak menanggalkan gelang elektronik yang dibekalkan kepada mereka, kata Adun Daro Safiee Ahmad. Beliau yang dihubungi sebentar tadi berkata, ibu bapa juga digesa memainkan peranan supaya memastikan anak-anak mematuhi arahan tersebut. "Mana-mana pelajar yang diminta supaya

By |2020-05-25T19:38:22+08:00May 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Pesanan penting untuk semua pelajar IPT yang sudah balik ke rumah

KUCHING: Mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini telah membuat keputusan supaya semua pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang telah balik ke rumah dan belum membuat saringan Covid-19 supaya menjalani saringan tersebut di bahagian masing-masing. JPBN dalam kenyataan media sebentar tadi berkata, semua pelajar yang

By |2020-05-25T16:47:23+08:00May 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Daerah Serian, Bintulu dan Tanjung Manis bertukar menjadi status kuning

KUCHING: Daerah Serian, Bintulu dan Tanjung Manis bertukar menjadi status kuning hari ini setelah terdapat kes baharu dilaporkan. Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), terdapat empat kes positif baharu Covid-19 di Sarawak direkodkan hari ini iaitu masing-masing satu kes di Daerah Kuching, Serian, Bintulu dan Tanjung Manis. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19

By |2020-05-25T16:43:19+08:00May 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Jangan bangkit isu perkauman

KUCHING: Anggota parti pembangkang di negeri ini diminta untuk tidak memainkan sentimen perkauman yang menghasut kaum Dayak berkaitan isu pelarian Rohingya. Ketua Penerangan PBB yang juga Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang berkata, beliau hanya mahu pelarian Rohingya diberikan tempat khas untuk keselamatan mereka. “Saya hanya mahu mereka ditempatkan di dalam satu tempat khas bukannya

By |2020-05-24T21:19:19+08:00May 24th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Jangan sentuh tiang elektrik tumbang

KUCHING: Orang ramai dinasihati kekal berada di dalam kereta, tidak menyentuh tiang elektrik yang jatuh, menjaga jarak sekurang-kurangnya 10 meter dari tempat kejadian dan tidak berlari atau berjalan di tempat kejadian ketika berhadapan insiden tiang elektrik tumbang. Naib Presiden Peruncitan Sarawak Energy Yusri Safri berkata, orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan kemudahan elektrik yang rosak

By |2020-05-20T21:33:09+08:00May 20th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Saya tetap positif

KUCHING: Perniagaan kecil dan sederhana harus bangun seiring dengan kelaziman baharu demi kelangsungan untuk terus bertapak dalam industri perniagaan. Pemilik Berau by Benak Raya, Imelda Bragie berkata, walaupun perniagaannya terjejas ekoran PKP semasa penularan Covid-19 namun beliau tetap berfikiran positif. “Pada bulan Mac lalu, pendapatan perniagaan saya jatuh daripada RM4,000 sebulan kepada RM800. “Tetapi, saya

By |2020-05-17T09:28:11+08:00May 17th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Sudah lama kami tidak bekerja

KUCHING: Bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada pengendali van penumpang, bas, van sekolah dan pemandu teksi yang berdaftar merupakan bantuan yang amat ditunggu-tunggu oleh Sering Tungkat, 62. Beliau yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah berkata, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, pendapatannya terjejas. “Pada mulanya, pelajar sekolah hanya bercuti selama seminggu, tetapi

By |2020-05-12T15:26:46+08:00May 12th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Serba Dinamik sumbang peralatan kesihatan bernilai RM500,000

KUCHING: Serba Dinamik menyumbangkan 286,000 unit penutup hidung dan mulut dan 100,000 unit sarung tangan yang berjumlah RM500,000 kepada Kerajaan Sarawak untuk menangani pendamik Covid19 di negeri ini. Program ringkas penyerahan sumbangan daripada Pengurus Besar (Operasi) Serba Dinamik IT Solutions Abdul Qaiyum Alidin kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

By |2020-05-04T16:49:46+08:00May 4th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments