You are here:Home-Nick Fletcher

About Nick Fletcher

This author has not yet filled in any details.
So far Nick Fletcher has created 534 blog entries.

Kita tuntut lebih banyak projek

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menuntut lebih banyak projek daripada Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan projek-projek jambatan yang telah dibatalkan semasa pemerintahan PH sebelum ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun projek jambatan yang dibatalkan itu kemungkinan boleh diminta untuk dikaji semula, namun Kerajaan Sarawak komited untuk terus membiayai pembinaannya seperti dijanjikan. "Kita

By |2020-07-02T09:31:39+08:00July 2nd, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Ah Long masih wujud

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching setakat 30 Jun lalu telah menurunkan sebanyak 225 banting pelbagai saiz dan ukuran yang menawarkan pinjaman Ah Long di sekitar bandar raya ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata dalam tempoh berkenaan juga, seramai tiga orang lelaki tempatan berumur 25, 26

By |2020-07-01T16:50:20+08:00July 1st, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Bergaduh berebut tapak berniaga

PADAWAN: Seorang bapa bersama dua anak lelakinya ditahan selepas bergaduh dengan tiga lelaki lain kerana merebut tapak berniaga sayur di pasar Kota Sentosa, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.30 pagi, apabila dua beradik terbabit enggan memberi ruang kepada tiga lelaki berkenaan untuk berniaga

By |2020-06-25T19:38:09+08:00June 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Sedia pencuci tangan tapi tiada air

KUCHING: Sediakan pencuci tangan sebagai 'sanitizer' tetapi tiada sinki dan pili air. Ini masih didapati berlaku di beberapa kedai makan di sekitar bandaraya ini, sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurut Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Sarawak Billy Sujang, kesalahan itu dikesan semasa Operasi Bersepadu di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan

By |2020-06-25T16:46:21+08:00June 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Padah aksi ala Superman

 PADAWAN: Mahkamah Majistret Kuching hari ini menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan mahkamah RM1,000 dan ibu bapa sebagai penjamin terhadap seorang remaja atas kesalahan berlumba haram.   Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, tertuduh berusia 18 tahun itu telah ditahan pada 24 Ogos tahun lalu

By |2020-06-25T16:08:30+08:00June 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Guru sedia hadapi kebiasaan baharu

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) yakin dengan persediaan mental dan emosi warga guru yang berada pada tahap tinggi untuk menghadapi norma baharu bermula hari ini, selepas hampir empat bulan sekolah ditutup ekoran PKP. Presidennya Ahmad Malie berkata, ini kerana mereka (guru) telah bersiap sedia menunggu pembukaan semula sekolah sejak sekian lama. “KGBS berpandangan sedemikian

By |2020-06-25T15:16:55+08:00June 25th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Gua Pari-Pari bakal berubah wajah

BAU: Gua Pari-Pari (Fairy Cave) di sini akan berubah wajah dalam masa terdekat apabila dua projek sedang dan akan dilaksanakan di situ. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, buat masa ini kerja menaik taraf tarikan pelancongan itu sedang dilaksanakan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC). Katanya projek berkenaan merangkumi membina tandas baharu, kaunter

By |2020-06-23T15:10:53+08:00June 23rd, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Sarawak tubuh IBET hentikan kemasukan anjing gila

KUCHING: Kabinet Negeri telah meluluskan penubuhan Immune Belt Enforcement Team (IBET) untuk menghentikan anjing gila memasuki Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi menangani masalah anjing gila yang terus memasuki Sarawak melalui sempadan antarabangsa yang panjang. "Dengan penubuhan IBET yang memberi ruang kepada pelbagai agensi untuk berkolaborasi di bawah Unit

By |2020-06-22T11:37:07+08:00June 22nd, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments

Pemburu ditahan miliki senapang patah buatan sendiri

KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditangkap kerana memiliki selaras senapang patah disyaki buatan sendiri, selepas balik memburu di kawasan ladang sawit di Raso, Lundu. Turut dirampas daripada suspek berusia 35 tahun itu ialah lima butir peluru penabur 12 bore, sebilang parang dan sebuah motosikal. Komander PGA Briged Sarawak Mancha Ata berkata suspek ditahan oleh sepasukan PGA

By |2020-06-18T18:18:19+08:00June 18th, 2020|Categories: NASIONAL|0 Comments

Warga Indonesia positif Covid-19 larikan diri

KUCHING: Dua warga Indonesia yang didapati positif Covid-19 kini hilang, dipercayai melarikan diri. Ini disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi, sambil menambah polis sedang giat mengesan mereka. Beliau berkata lelaki dan wanita terbabit telah membuat saringan Covid-19 pada 16 Jun lalu sebagai syarat mereka bekerja di tapak pembinaan. "Keputusan ujian yang keluar

By |2020-06-18T17:15:22+08:00June 18th, 2020|Categories: TEMPATAN|0 Comments