ARTIKEL

Autonomi kesihatan Sarawak dibincang Jumaat ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berada di sini untuk mesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan perkara berkaitan autonomi penjagaan kesihatan Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata delegasi itu akan diketuai oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Menteri (Dr Dzulkefly) akan membawa delegasi turun ke Sarawak untuk mesyuarat kerana perkara ini (perbincangan mengenai autonomi Sarawak dalam kesihatan) sudah lama berlaku.

“Kami begitu bimbang dan tidak gembira kerana Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini berkata perbincangan mesti dilakukan dalam tempoh enam minggu tetapi enam bulan kemudian tiada apa yang berlaku.

“Jadi saya amat bersyukur kerana menteri yang baharu dilantik dan pegawainya akan berada di sini pada hujung minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perbincangan Sarawak dengan Putrajaya mengenai autonomi penjagaan kesihatan negeri, selepas melancarkan memoir bekas ADUN Batu Kawa Datuk Alfred Yap di ibu pejabat SUPP di sini, hari ini.

Menurut Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebelum ini beliau telah memaklumkan kepada menteri kesihatan bahawa sistem kesihatan sekarang tidak dapat dilaksanakan.

“Sebagai contoh, penduduk Sarawak mungkin kecil tetapi tanah kami luas, sebab itu kami meminta bukan sahaja pusat jantung di Kuching tetapi juga di bandar lain seperti Sibu dan Miri.

“Apa yang penting bagi kami ialah kami perlu sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan kerana penjagaan kesihatan hari ini sangat mahal,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan