ARTIKEL

Autonomi kesihatan tidak jejas dasar umum negara- Lukanisman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Lukanisman Awang Sauni

KUCHING: Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni menegaskan langkah Kerajaan Persekutuan memberi autonomi kesihatan dan pendidikan kepada Sarawak tidak akan menggangu dasar dan hala tuju kesihatan umum negara.

Malahan katanya, pemberian autonomi itu akan lebih memudahkan keputusan dilaksanakan dalam tempoh singkat berbanding menunggu keputusan pusat yang sering memerlukan mesyuarat berpanjangan.

“Pemberian autonomi kesihatan merupakan satu perkembangan positif.

“Saya cukup yakin kerajaan Sarawak telah menyediakan maklumat-maklumat yang diperhalusi oleh pihak Timbalan Perdana  Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk dibawa ke Majlis Perjanjian Malaysia 1963 kelak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau juga berharap autonomi yang diharapkan harus disertakan dengan komitmen kewangan oleh kerajaan pusat untuk diuruskan sendiri oleh pihak kesihatan Sarawak.

“Kita juga mengharapkan penentuan projek-projek turut diputuskan sendiri oleh Sarawak berdasarkan keperluan semasa dan kesesuaian geografi.

“Autonomi tersebut perlu disertakan keputusan mengisi keperluan penjawatan di hospital dan klinik serta skim-skim penjawatan kesihatan lain,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu berpandangan lebih banyak projek lama yang sudah tersenarai dalam Rancangan Malaysia sebelumnya dapat diberi keutamaan sekiranya kuasa pemutus terletak kepada kerajaan negeri.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU