ARTIKEL

Avitan Shalom didkawa atas pertuduhan senjata api di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Avitan Shalom didakwa berdagang senjata api, miliki peluru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas.

Avitan Shalom, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Avitan didakwa telah berdagang senjata api iaitu Glock 19 USA 9×10 (Nombor Siri AEGS 286), Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463), Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496), Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090), N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri 58C283463). 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini antara pukul 6.00 petang hingga 6.46 petang, pada 26 Mac dan 28 Mac lepas. 

Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki amunisi iaitu sekotak Shell Shock NAS3 9mm, yang mengandungi lapan butir peluru (B660104), sekotak Bullet Master Co. Ltd, yang mengandungi 50 butir peluru (B660105), sekotak Bullet Master Co. Ltd dengan 50 butir peluru (B660105), dan sekotak Bullet Master Co. Ltd, yang mengandungi 50 butir peluru (B660105), tanpa sebarang lesen senjata atau permit senjata.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin. 

Peguam Navinjit Singh dan Jeffrey Ooi, yang mewakili tertuduh, bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan dan tidak mengemukakan sebarang bantahan. 

Mahkamah menetapkan 21 Mei bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA