ARTIKEL

Awang Tengah ketika ditemu bual media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong, di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Wisma Adenan.

Awang Tengah sahkan kerajaan cadang calon Speaker Dewan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mengesahkan Kerajaan Sarawak telah mencadangkan calon untuk jawatan Speaker Dewan Negara.

Bagaimanapun, Timbalan Premier itu tidak mendedahkan secara lanjut mengenai nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut.

“Kita tunggu acara angkat sumpah nanti. Kita hantar satu nama sahaja, itu sahaja,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong, di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam laporan berita, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Mutang Tagal antara yang disebut-sebut dilantik sebagai Speaker Dewan Negara bagi menggantikan Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi meletak jawatan bagi dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Mutang sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas selama dua penggal dari tahun 1982 hingga 1990.

Berketurunan Lun Bawang, Mutang dilahirkan pada 5 Oktober 1954 di Lawas.

Baca lain  Hati-hati memandu elak kemalangan

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Curtin.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,