Awas penipuan skim pelaburan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menasihatkan pelabur agar lebih berwaspada untuk melindungi diri mereka dan orang lain daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Pengendali bursa itu berkata, baru-baru ini pihaknya memantau pertambahan jumlah penipuan melibatkan penyalahgunaan nama dan logo korporat Bursa Malaysia.

“Ketika tempoh ketidaktentuan seperti pandemik Covid-19 yang berlaku, scammer (penipu) cuba mengumpan mangsa untuk menyertai skim dan aktiviti pelaburan yang meragukan.

“Mereka kerap menggunakan syarikat yang tidak berlesen dan tidak berdaftar, laman web dan bahan promosi yang menyerupai institusi kewangan yang sah untuk memperdaya orang awam yang melabur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pada kebiasaannya, penipuan pelaburan akan menggunakan nama dan logo Bursa Malaysia untuk bahan berkaitan pemasaran dan hantaran di media sosial dengan menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi berserta jaminan tiada risiko atau berisiko kecil.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Jun 2021

Suara Sarawak