ARTIKEL

Awasi ancaman privasi data

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

APABILA kita berbincang mengenai privasi data, ramai yang kurang endah berkenaan perkara tersebut. Ada yang menyatakan tidak kisah apabila privasi data mereka digunakan oleh pihak tertentu kerana beranggapan mereka bukan orang penting atau VIP.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar privasi mereka digunakan oleh pihak tertentu bukan sekadar mengaut keuntungan tetapi mengkaji tingkah laku pengguna.

Selain itu, penggunaan privasi data secara senyap mampu memberi ancaman terhadap keselamatan negara. Malah kemunculan media sosial turut dipersoalkan ketelusan mereka menjaga kerahsiaan privasi data.

Kaut kekayaan

Tahukah anda, penjualan data pengguna jauh lebih menguntungkan berbanding industri petroleum. Malah, sesetengah syarikat gergasi dunia memperoleh berbilion-bilion dolar daripada penjualan data pengguna.

Oleh itu, kita bimbang berlakunya eksploitasi terhadap ekonomi negara sehingga generasi akan datang tidak dapat menikmati hasilnya.

Syarikat yang menyimpan data pengguna dapat menggunakan ia sebagai sasaran untuk pemasaran produk mereka. Ketepatan tingkah laku pengguna dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi algorithm dan kecerdasan buatan pintar.

Kepentingan privasi data

Kenapa privasi data sangat penting dan perlunya kesedaran dalam kalangan pengguna privasi data. Ini kerana hak kebebasan seseorang yang sepatutnya dilindungi akan digunakan secara sesuka hati oleh pihak tertentu.

Selain itu, seseorang mudah terdedah dengan skim penipuan dalam talian seperti judi dalam talian, penipuan cinta talian dan Macau Scam.

Disebabkan itu, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diperkenalkan untuk melindungi data pengguna di Malaysia. Melalui akta tersebut, pengguna boleh membuat sebarang aduan sekiranya mengesyaki data mereka digunakan tanpa kebenaran.

Saranan

Pihak kerajaan digesa bukan sahaja memperketat akta, malah mengambil langkah dengan strategi yang berkesan. Kita juga boleh membangunkan kepakaran IT tempatan dengan memerangi penyalahgunaan data pengguna.

Peluang pekerjaan dalam bidang IT juga dapat dibuka kepada anak-anak tempatan secara tidak langsung. Ancaman privasi data mungkin nampak kurang berbahaya tetapi impaknya mungkin memberi kesan negatif pengguna pada masa akan datang.

Inilah peperangan yang mungkin kita hadapi yang memerlukan kudrat akal fikiran, berbanding peperangan menggunakan tenaga pada zaman dahulu.

BERITA LAIN

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

Jutawan 60 tahun

PENGARAH Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz mendedahkan kepada Suara Sarawak — di Sarawak sekitar 1,700 daripada 850,000 pencarum daripada pelbagai

Di sebalik tabir Euro 2024

PENYOKONG fanatik England, Gordon Thomas, 39, ditangkap di Lapangan Terbang Manchester pada petang 18 Jun lalu, di bawah Akta Penonton Bola Sepak 1989 selepas kembali

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya